Debat Maya akademidebat.com Forum Index Debat Maya akademidebat.com
Inilah gelanggang debat maya yang pertama di Malaysia! Komuniti debat pertama seumpamanya di Malaysia. Pastikan anda mendaftarkan diri sebelum menghantar post ke Debat Maya.
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 


ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR MERUPAKAN SATU ISU GLOBAL .

 
Post new topic   Reply to topic    Debat Maya akademidebat.com Forum Index -> ALAM SEKITAR
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Dewataraya
Bendahara


Joined: 20 Aug 2006
Posts: 349
Location: Melaka

PostPosted: Sun Mar 18, 2007 8:27 am    Post subject: ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR MERUPAKAN SATU ISU GLOBAL . Reply with quote

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR MERUPAKAN SATU ISU GLOBAL YANG MEMERLUKAN PENELITIAN BERSAMA DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan 'memerlukan penelitian bersama' .

Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama' membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .

Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ?

Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin rumit .

Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini .

Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .


Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah .


Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .

Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid .

Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini .


Definisi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
Definisi Literal


Jenis-jenis pencemaran

Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu :


Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .


Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah:

a. Pencemaran Udara

Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

b . Pencemaran Air

Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .

c . Pencemaran Tanah

Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .


Kesan-kesan Pencemaran


Mengancam Kesihatan Manusia

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .

Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .

Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah memlibatkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .


Mengancam tumbuhan dan binatang

Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .

Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut .

Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati .

Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur .


Kerosakan Harta Benda

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .


R1241- Serdang
_________________
~Hanya Yang Terbaik Akan Menguasai Yang Terbaik ~
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
siputum
Bendahara


Joined: 04 May 2006
Posts: 72
Location: Malaysia la kot...

PostPosted: Mon Mar 19, 2007 5:13 am    Post subject: Reply with quote

Fuh...panjangnya.

Aku pun ada juga input untuk alam sekitar.

Kalau ada masa, aku post la kat sini.

Anyway, thanks Dewataraya for the info!
_________________
Daripada tegak bertimpuh, biar rebah merempuh!
http://khairulnizambakeri.wordpress.com
http://sanggardebat.wordpress.com
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
Dewataraya
Bendahara


Joined: 20 Aug 2006
Posts: 349
Location: Melaka

PostPosted: Wed Mar 21, 2007 4:32 pm    Post subject: Reply with quote

Alah siputum, ini pun info / fakta yang biasa jer .. untuk Debat Alam Sekitar , Fakta kes macam nie dianggap sebagai fakta yang paling remeh n senang . Tapi untuk sekolah menengah insyallah boleh digunakan kot untuk menambah lagi ilmu pengetahuan . Cuma satu .. walaupun ia dikatakan fakta yang mudah dan biasa , jika pandai cara bawaan dalam perdebatan insyallah ia akan menjadi fakta yang hebat jua. Tidak perlu lah kita terlalu mendalam sehinggakan fakta kes tahun 1819 atau tahun 1800 yang biasa di Bawa sesetengah Universiti di Malaysia . Kononnya dengan fakta sebegitu mereka dipandang tinggi , tapi bagi dewataraya apa gunanya jika sidang parlimen sendiri tidak faham .... dengan erti kata lain juga hujah-hujah yang retorik semata-mata tidak mendatangkan apa-apa hasil ........


R1241- Melaka
_________________
~Hanya Yang Terbaik Akan Menguasai Yang Terbaik ~

Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Debat Maya akademidebat.com Forum Index -> ALAM SEKITAR All times are GMT
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2002 phpBB Group

Free forum powered by hostingphpbb.com, setup your forum now phpbb forum hosting on dual athlon dedicated server
  • Our dedicated server is monitored every 5 minutes
  • Our dedicated server is located at world class SAVVIS data center
  • Daily, weekly, monthly backup for dedicated server data recovery
  • Better than virtual / shared webhosting